MRSM Terendak adalah satu-satunya MRSM yang ditubuhkan dengan kerjasama di antara MARA dengan pihak Kementerian Pertahanan.

 

Di sini kami mengutamakan bukan saja kecemerlangan dalam akademik atau peperiksaan semata-mata, tetapi turut memberi penekanan dalam aktiviti kokurikulum serta pembinaan rohani insan yang bergelar pelajar. Justeru, sebagaimana MRSM yang lain, silibus yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) dilaksanakan secara menyeluruh.

 

Prasarana yang disediakan oleh pihak Angkatan Tentera mencukupi untuk pelajar-pelajar yang sedang belajar pada waktu ini. Dengan bekalan yang disediakan itu, warga pendidik di MRSM Terendak berusaha menggunakannya dengan cara paling berkesan bagi tujuan menghasilkan output terbaik setiap tahun.

 

Kami mempunyai warga kerja yang benar-benar prihatin terhadap kecemerlangan pelajar. Kerana itu, pelbagai program disusun setiap tahun. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 5 merupakan pelajar paling sibuk kerana mereka mempunyai matlamat yang lebih hampir dan program yang disediakan oleh maktab dan jabatan-jabatan akademik cukup padat.

 

Selain itu, para ibu bapa dan badan Muafakat juga turut sama berganding bahu bagi menjayakan matlamat dan wawasan MRSM Terendak untuk membawa pelajar ke arah kecemerlangan.

 

Kami sentiasa mendoakan agar semua usaha-usaha kami diberkati dan mendapat limpahan rahmat. Dengan itu barisan pelapis negara bukan saja bakal berjaya di dunia, tetapi juga di akhirat.

 

Wasalam.